ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN ANDA SEMUA,
KAMI DAPAT BERI MEREKA MAKAN DAN RAWATAN

“BANTUAN ANDA AMAT KAMI HARGAI”

Alhamdulillah sepanjang kami mulakan gerakan persatuan kami.
Kami berjumpa ramai orang yang sangat peka dan prihatin terhadap haiwan jalanan ini.

Buktinya kami sentiasa mendapat panggilan dan whatsapp daripada orang awam
mengenai kucing jalanan yang terbiar. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh haiwan ini,
antaranya…

1. Mengalami masalah luka dan penyakit kulit yang serius.
2. Dilanggar sehingga patah kaki dan hilang anggota badan.
3. Anak kucing yang dibuang berusia linkungan 2 bulan tanpa ibu.

Kami tidak akan pernah berhenti berterima kasih kepada yang sentiasa menyalurkan
sumbangan dan bantuan untuk memudahkan urusan kami dari segi pengangkutan, rawatan,
makanan, gerakan petugas sukarelawan dan tempat tinggal bagi haiwan ini.

 

KAMI BERI MEREKA MAKAN

KAMI RAWAT MEREKA

KAMI PELIHARA MEREKA

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada semua makhluk meliputi manusia, tumbuhan,
dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya, dalam
erti kata lain tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan hadis
yang diriwayatkan oleh Syaddad Ibn Aus RA beliau berkata Rasulullah SAW bersabda.

Mafhumnya : Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan kepada
setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)

MOGA DENGAN BANTUAN ANDA, KAMI DAPAT BERUSAHA
MENYELAMATKAN NASIB-NASIB KUCING DAN ANJING JALANAN YANG
BERNASIB MALANG.

PERTUBUHAN KASIH HAIWAN JALANAN MALAYSIA​

PEMBIAYAAN MAKANAN, UBAT-UBATAN
& KOS RAWATAN

Pihak Pertubuhan Kasih Haiwan Jalanan Malaysia sedang mengumpul dana bagi
pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakala digunakan oleh sukarelawan
untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti kucing dan anjing jalanan.

Pihak kami mengalukan sumbangan berbentuk makanan kucing, kibbles atau ubat-ubatan
untuk digunakan oleh pihak kami.

JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN?

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000 yang meliputi
makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing dan anjing terbiar.

BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU?

Untuk mudahkan saudara/saudari menyumbang,
kami dah susuh pakej mengikut kategori.